Tuesday, March 22, 2011

aku hanya insan biasa

aku hanya insan biasa,,xpunyai apa-apa..setiap hari yang aku lalui bagaikan tiada apa-apa yang istimewa semuanya sama sahaja pada pandangan mataku,entah di mana silapnya aku pn xtahu.hari yang mendatang tiada siapa yang tahu,,aku bagaikan layang-layang yg terputus tali,tiada arah tujuannya bagaimana harus aku lalui hari-hari sebegini, masa depanku gelap tiada sisipan cahaya padanya..aku termanggu sendirian.merenung kembali hidupku yang kosong..

sehinggalah suatu hari ku teringat akan pesanan seorang sahabatku, katanya hidup ini bagaikan sebuah rodaa kadang di atas kadang di bawah, begitulah juga hidup kita bila kita di atas ramai yang ingin menghampiri bila kita di bawah semua ingin menjauhi,,katanya lagi hidup ini mesti mempunyai arah dan tujuan jika tidak kita di ibaratkan seperti seorang pemandu yg tidak tahu ke mana arah yg ditujuinya,,ya benar katanya hidup ini perlu ada tujuan jika tidak bagaimana kita hendak menempuhi hidup yang berliku ini, dia juga sahabat yang baik dia selalu berada di sampingku waktu aku susah dan senang.

bagiku dirinya amat bermakna, dia mengajar aku erti sebenar kehidupan, hari-hari yang ku lalui tidak lagi seperti dulu jika dulu diriku sering berasa sunyi kini tidak lagi bila dia ada di sisiku,jika aku mempunyai masalah dia sudi mendengar, bagiku dialah sahabat yang amat memahamiku..

dia sering memberiku kata-kata semangat pabila melihat aku berada dalam kesedihan salah satu yang aku paling ingat ialah apabila dirilku diejek oleh kawan-kawan kerana kehodohan aku.."pedulikan apa orang nk cakap yang penting kita happy dengan apa yang kita ada sekarang, manusia memang suka menilai dan mengata tapi di orang x tahu yang kita juga ada ke istimewaan tersendiri..mungkin kita x sedar akan keistimewaan yang kita miliki itu,,dahlah jangan sedih lagi  Allah x pernah silap dengan ciptaannya, sebaik-baik ciptaan adalah manusia kita sebagai manusia harus bersyukur kerana mempunyai akal x seperti haiwan ada otak tp x dak akai,,ketawaku meletus sebaik sahaja terdengar dielek kedah yg memang pekat tahap gaban dia tu..

sehinggalah pada suatu hari aku terjumpa sehelai surat. tedetik di hatiku "eh surat apa ni" tanpa membuang waktu lagi aku terus membaca surat tersebut..jantungku bagaikan terhenti dari sistem pengepamamnya nadiku ku rasa bagai x berdenyut lagi,,tiba-tiba air mataku merembes keluar mengalir laju bagai hujan lebat x ku sangka sahabat yang sentiasa tersenyum riang di hadapanku rupanya menanggung beban yang amat berat dirinya disahkan menghidap penyakit kanser tahap 4 iaitu pada tahap yang amat kritikal. aku terduduk setelah membaca surat itu,,kenapalah aku tidak perasan akan penyakitnya patut la sejak akhir-akhir ini aku rasa ada yang pelik tantang dirinya.

tiba-tiba ada sesuatu yang menyentuh bahuku ku lihat dia masih lagi tersenyum padaku senyumannya kian luntur apabila matanya tercacap pada sehelai kertas yg aku pegang. "kenapa kau x bagi tahu aku yang kau sakit,kenapa,kenapa,,"tangisku. "aku x sanggup nak tengok kau sedih, aku nak tengok kau happy, aku x suka orang sedih atas apa yang telah di takdirkan untuk aku. aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, aku ada sahabat yg selalu dengan aku,aku x nak tngok ko sedih dengan penyakit aku"."tapi aku bukan orang lain akukan kawan kau,jika kau ada masalah kau boleh cerita dekat aku". "ya kau mmg sahabat aku yg paling aku sayang sbb tu la aku xmw tengok kau sedih," tiba-tiba keadaan menjadi kelam kabut, dia pengsan aku xtahu apa yang harus aku buat cepat-cepat aku menghubungi ambulans.

empat bulan telah berlalu begitu juga dengan diriku dan dirinya.dia telah di sahkan meninggal sebaik sahaja sampai di hospital.semua kenangan indah antara kami akan tetap terpahat di hatiku.hidupku kini tidak lagi terasa kosong walaupun tanpa dirinya kini aku sibuk dengan kerjayaku,aku bertugas sebagai seorang doktor di sebuah hospital swasta,niatku hanya satu ingin menyelamat dan menyembuhkan pesakit.dia telah menjadi inspirasi aku untuk berjaya dan kerana dia juga telah membuatkan aku sedar betapa pentingnya kita menghargai hidup kita.


iklas dari saya..

p/s: kisah ini bukanlah kisah benar..ambillah pengajaran dari kisah di atas.sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment