Wednesday, April 20, 2011

sup ayam n ayaq asam

haloo,,lama xjumpa kan hehhehe sebenarnya xde idea nk nulis hai nampok benor nipunya ayat yg semakin popular skunk nie,,

ok ari nie nk kongsi resepi la ngn korang semua,,layan


bahan-bahannya ialah..


sup ayam
  1. 3 kuntum bunga cengkih
  2. 1 kuntum bunga lawang
  3. 8 biji lada yg biji kecik warna hitam bukan cili tw.
  4. 1 biji bawang merah dihiris
  5. 5 hiris halia
  6. santan (asingkan kepala santan)
  7. gula,garam,n serbuk perasa
  8. ayam
  9. 1keping asam gelugor
  10. serbuk kunyit 
cara-caranya:

  • masukkan bawang,bunga cengkih,bunga lawang,lada,halia,santan cair,ayam,asam gelugor,n sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk.
  • letak di atas api n then masukkan gula,garam n serbuk perasa.
  • setelah aym empuk masukkan kepala santan
  • tunngu sehingga mndidih n then boleh taruk dalam mangkuk untuk makan
  • hiasan pandai-pandai korang la @ suka ati la nk letak apa bg nmpak cantik kan


ayaq asam

bahan-bahan:



  1. 1 biji tomato dihiris nipis-nipis
  2. 1 biji bawang besar dihiris nipis-nipis
  3. 2 biji bawang merah,satu dihiris nipis-nipis, satu lagi untuk ditumbuk
  4. 4 biji cili hijau kalau nk pedas boleh letak bayak
  5. secubit garam
  6. sedikit belacan
  7. 1 biji asam limau amek ckit ja air perahan dia nnt trlebih masam pulak


cara-caranya:



  • ambik belacan,bawang merah 1 ulas, garam,n cili tumbuk sampai lumat (guna lesung batu@ blend ja)
  • then masukan bawang besar,bawang merah n buah tomato 
  • gaulkan dalam bekas kemudian perah asam limau
  • dah ciap

p/s: so selamat mencuba,,,sedap smpai trangkat boleh kasik tambah dua tiga pnggan nasi..

Tuesday, April 5, 2011

senyum

salam,,,rsanya dah lma purple x tulis entry baru kan.lately purple busy ckit dengan exam n kerja..p kan alhmdllah ari nie la pling best bb tadi tadi dapat jumpa kwan lama masa sekolah rendah dulu n kawan masa sekolah menengah pn ada juga.

tp yg pling best masa test muet td nsib baik la purple dapat tajuk senang bolehlah nk goreng-goreng kalau x mati kutu jew la kt c2 n the best moment masa dapat jumpa kawan satu seklah rendah td lama x tngok dia mula-mula x knal tp bila check nama bru la tw dia ni ex classmate..

so stakat nie ja la entry kali nie bb bsok purple kena kerja nnt kalau ada masa purple upload gmbar tempat kerja purple nnt korang boleh la datang situ best harga boleh coutim,,

eh rasa happy sangat-sangat n rasa mcm nk nyanyi satu lagu nie
tngok eh ps2 korang kalau tw nyanyi la sekali..


Tuesday, March 22, 2011

aku hanya insan biasa

aku hanya insan biasa,,xpunyai apa-apa..setiap hari yang aku lalui bagaikan tiada apa-apa yang istimewa semuanya sama sahaja pada pandangan mataku,entah di mana silapnya aku pn xtahu.hari yang mendatang tiada siapa yang tahu,,aku bagaikan layang-layang yg terputus tali,tiada arah tujuannya bagaimana harus aku lalui hari-hari sebegini, masa depanku gelap tiada sisipan cahaya padanya..aku termanggu sendirian.merenung kembali hidupku yang kosong..

sehinggalah suatu hari ku teringat akan pesanan seorang sahabatku, katanya hidup ini bagaikan sebuah rodaa kadang di atas kadang di bawah, begitulah juga hidup kita bila kita di atas ramai yang ingin menghampiri bila kita di bawah semua ingin menjauhi,,katanya lagi hidup ini mesti mempunyai arah dan tujuan jika tidak kita di ibaratkan seperti seorang pemandu yg tidak tahu ke mana arah yg ditujuinya,,ya benar katanya hidup ini perlu ada tujuan jika tidak bagaimana kita hendak menempuhi hidup yang berliku ini, dia juga sahabat yang baik dia selalu berada di sampingku waktu aku susah dan senang.

bagiku dirinya amat bermakna, dia mengajar aku erti sebenar kehidupan, hari-hari yang ku lalui tidak lagi seperti dulu jika dulu diriku sering berasa sunyi kini tidak lagi bila dia ada di sisiku,jika aku mempunyai masalah dia sudi mendengar, bagiku dialah sahabat yang amat memahamiku..

dia sering memberiku kata-kata semangat pabila melihat aku berada dalam kesedihan salah satu yang aku paling ingat ialah apabila dirilku diejek oleh kawan-kawan kerana kehodohan aku.."pedulikan apa orang nk cakap yang penting kita happy dengan apa yang kita ada sekarang, manusia memang suka menilai dan mengata tapi di orang x tahu yang kita juga ada ke istimewaan tersendiri..mungkin kita x sedar akan keistimewaan yang kita miliki itu,,dahlah jangan sedih lagi  Allah x pernah silap dengan ciptaannya, sebaik-baik ciptaan adalah manusia kita sebagai manusia harus bersyukur kerana mempunyai akal x seperti haiwan ada otak tp x dak akai,,ketawaku meletus sebaik sahaja terdengar dielek kedah yg memang pekat tahap gaban dia tu..

sehinggalah pada suatu hari aku terjumpa sehelai surat. tedetik di hatiku "eh surat apa ni" tanpa membuang waktu lagi aku terus membaca surat tersebut..jantungku bagaikan terhenti dari sistem pengepamamnya nadiku ku rasa bagai x berdenyut lagi,,tiba-tiba air mataku merembes keluar mengalir laju bagai hujan lebat x ku sangka sahabat yang sentiasa tersenyum riang di hadapanku rupanya menanggung beban yang amat berat dirinya disahkan menghidap penyakit kanser tahap 4 iaitu pada tahap yang amat kritikal. aku terduduk setelah membaca surat itu,,kenapalah aku tidak perasan akan penyakitnya patut la sejak akhir-akhir ini aku rasa ada yang pelik tantang dirinya.

tiba-tiba ada sesuatu yang menyentuh bahuku ku lihat dia masih lagi tersenyum padaku senyumannya kian luntur apabila matanya tercacap pada sehelai kertas yg aku pegang. "kenapa kau x bagi tahu aku yang kau sakit,kenapa,kenapa,,"tangisku. "aku x sanggup nak tengok kau sedih, aku nak tengok kau happy, aku x suka orang sedih atas apa yang telah di takdirkan untuk aku. aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, aku ada sahabat yg selalu dengan aku,aku x nak tngok ko sedih dengan penyakit aku"."tapi aku bukan orang lain akukan kawan kau,jika kau ada masalah kau boleh cerita dekat aku". "ya kau mmg sahabat aku yg paling aku sayang sbb tu la aku xmw tengok kau sedih," tiba-tiba keadaan menjadi kelam kabut, dia pengsan aku xtahu apa yang harus aku buat cepat-cepat aku menghubungi ambulans.

empat bulan telah berlalu begitu juga dengan diriku dan dirinya.dia telah di sahkan meninggal sebaik sahaja sampai di hospital.semua kenangan indah antara kami akan tetap terpahat di hatiku.hidupku kini tidak lagi terasa kosong walaupun tanpa dirinya kini aku sibuk dengan kerjayaku,aku bertugas sebagai seorang doktor di sebuah hospital swasta,niatku hanya satu ingin menyelamat dan menyembuhkan pesakit.dia telah menjadi inspirasi aku untuk berjaya dan kerana dia juga telah membuatkan aku sedar betapa pentingnya kita menghargai hidup kita.


iklas dari saya..

p/s: kisah ini bukanlah kisah benar..ambillah pengajaran dari kisah di atas.sekian terima kasih.

Saturday, March 19, 2011

manis jangan di sangka madu

lets read it!!!
maksud disebalik kata.


sering kita menjadi mangsa,
pada manis bicara,
putar belit kata,
tuturan lidah manusia,
yang melontarkan kita ke gaung tipu daya,
sesat dalam rimba percaya.


manisnya bicara,
laksana gula,
manisnya meracun jiwa,
taksubnya....
mengikat sangsi di perdu jati,
kukuh talinya bersimpul mati.


sedar-sedar saja....
segalanya telah tiada,
hilang harta,
hilang mahkota,
barulah terungkai maksud di sebalik kata,
tidak pernah terkota..


created by: i luv islam


p/s: maksud di sebalik kata, di sebalik kata ada maksud yg tersirat, hanya orang yg melafazkannya sahaja faham apa mksudnya..janganlah kita mudah tertipu dek kemanisan kata yg diungkap sudahnya diri sendiri yg merana.



Thursday, March 17, 2011

Alhamdulillah..

hmm,,alhamdulillah akhirnya segala perasaan nervous yg purple rsa selama nie dah ilang sebaik saja dapat tengok result exam td,,nk bg tw korang masa tngah buka portal 2 kn macam-macam rasa ada,,tkut ada, nervous pn ada,,mcm-mcm la..

peace no
war

nk dijadikan citer tu kn..tepat-tepat pkul 5 purple pn bka la student portal,,gram betoi la masa tu sbb tiba-tiba ja xleh buka rasa mcm nk hempuk ja lappy nie,,tp hidup nie kna sabar byk-byk istifar dn alhamdulillah at last purple boleh gak buka portal tu..

walaupun result purple x seberapa tp purple ttp bersyukur kepada Allah sbb tlh memakbulkan doa purple,,


happy mood cause all
my pressure was release..


p/s: to my beloved friends good luck n selamat mereload student portal teruskan usaha anda,,jangan putus asa  hehehe...

Tuesday, March 15, 2011

mizz u guys so much

salam,,hmm sbenrnya xtw nk buat apa wk2 cty ny kn maka trhasillah tjuk ny,,hmm ingt lagi kalau wk2-wk2 cmny mst kita orang semua tngah borak-borak atau tngok video mmg best la..tp bila cuti rsa boring gila sbb xde orang nk berbual..haish jiwang pulak biasa la purple ny mmg jiwang ckit.

korang agak-agak bila la kita nk jumpa lagi kn,nmpaknya kena la tunngu 3 bulan lagi nk jumpa korang sume tp purple myb xkn sama bilik ngn korang but i think that not the problem..walaupun kita x sebilik kita ttp kawan kn..

rindu korang hope wlaupun
 jauh kita tetap rapat mcm ni..

purple bukan nk jauhkan diri dr korang tp myb nsib x mnyebelahi kita unk duduk 1 bilik, insyallah kalau ada rezeki kita nnt kt gombak kita duduk sekali..

bukan niat di hati,,tp hanya trlintas di fikiran untuk mncari sebuah kehidupan yg baru hnya untuk mndewasakn diri ini dalam menempuh dugaan-dugaan yg mndatang,,harap kalian faham akn niat purple..

wlau mcm mana sekali pun korang memang the best la xkn ada yg boleh mnggantikan tempat korang kat hati purple ny..

lastly..kalau korang rndu kt puple tngoklah gambar kenangan kita dulu,,(promote nmpak) jangan la simpan buat perkasam pulak ye..luve u all..


this love will never be change
 until the death come

ha td dah kata last tp ada satu lagi nk pesan doakan purple for "muet test" n "result for the exam tomorrow"..


cuak tunggu result exam!!!






Thursday, March 10, 2011

pelik tapi benar

dunia,dunia, ada juga prkara plik dlm dunia ni kn ha ny purple nk kongsi ngn korng suma perkara pelik tapi benar,,
untuk relaxs-relaxs:
lets watch n read it!!

rama-rama kalau korng nk tw dya ni rasa makann dngn kaki.ha kalau x percaya try la p teropong.


the cute butterfly



bunyi itik x mnghasilkan talun (echo).


quek-quek
ny bkn itik yg dmksudkn hnya hiasan


secara purata, ramai manusia lbih tkut labah-labah drpd takut mati.hehe yg ny xdapat nk di elakkan purple sndiri pn tkut tngok bnda ny eii geli la tngok kaki n badan dia menyeramkan.that why xde pic kt sini.

gajah adalah satu-satunya mamalia yg x bleh mlompat.ha korang prnah kew tngok gajah mlompat,hai xtw la apa nk jd kalau gajah benar boleh mlompat agaknya bergegau dunia.let see the pic:

ni gmbr dr google
agak-agak apa jd dkt pokok 2 kn




wanita berkelip mata 2 kali lbih banyak dr lelaki.


betul ke!!!

secara fizikal semulajadi adalah mustahil unk anda mnjilat siku sndiri.

sput boleh tidur slama 3 tahun,ish ish lama tu 3 thn agak-agk kalau kita tdur lama mcm tu rsanya bila dh sedar mst dah ada dlm lubung kuburkn,,


"jgn pndngku sebelah mata"
said siput




saiz mata manusia ttp sama sjk dilahirkan,tp tmbesarn hdung n tlinga x pernah berhenti swk2 hidup.

semua beruang kutub adalah kidal.kalau xpercaya try tnya beruang kutub yg jd duta iklan fresh n white sdh tentu-tentu dya tkn jwb sbb sibuk nk tackle makwe dia gna bunga beku2.(xde kena mngena pn iklan tu)


ha try tnya anak beruang ny



mata burung unta adalah lbih besar dr otaknya.eh ingat x lg iklan astro dlm tv tu sebijik sama try bca dngn penuh penghayatan konfem sebijik mcm iklan dlam tv..


cuba byngkn mata n otak
burung ni..


TYPEWRITER adalah prkataan terpnjang yg bleh dbina dr huruf-huruf yg trdapat dlm satu brisan yg sama  pd keyboard.ala x leh la nk tnjuk pic kecik sangat tulisan dia korang tngok la kt keyboard korang.

hampir semua pmbaca post ini akan cuba unk mnjlat sikunya.


p/s: anda dah try ka kalau blum cuba try mna tw boleh pecah record boleh masuk Malaysian Book of Records